suria

Polis Thailand Tahan Suspek Kes Bunuh Anak Jutawan Indonesia

BANGKOK: Polis Thai berkata mereka telah menahan seorang suspek yang dicari oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa membunuh anak jutawan Indonesia tahun lepas.

Polis penyiasat Imigresen Kol Chartchai Eimsaeng berkata Mulyadi Budiman telah ditangkap di lapangan terbang Bangkok pada Selasa ketika merancang perjalanan ke sempadan timur laut Thailand.

Chartchai berkata Mulyadi, 19, adalah suspek keempat dalam dakwaan pembunuhan William Lim, 23, di Jakarta pada Mac lepas.

Tiga suspek lain ditahan tahun lepas.

Mereka dituduh membungkus Lim dalam beg plastik dan mengetuk-ngetuknya hingga mati dengan tukul besi dan paip.

Chartchai berkata Mulyadi akan segera dihantar pulang ke Indonesia.

Keluarga Lim memiliki sebuah syarikat peralatan dapur di Indonesia.

Artikel Lain