suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uruguay Makin Hampir Ke Arah Menghalalkan Perkahwinan Sejenis

MONTEVIDEO: Senat Uruguay telah meluluskan satu rang undang-undang yang mengizinkan perkahwinan sejenis - menjadikan negara itu sebagai negara kedua di Amerika Latin yang memiliki perundangan seumpama itu selepas Argentina.

Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan undi melebihi dua pertiga selepas didebatkan selama tujuh jam.

Pengenalan undang-undang itu disokong oleh parti yang memerintah dengan sedikit sokongan oleh beberapa wakil pembangkang.

Kini, Dewan Rakyat perlu memberi kelulusan yang sama bagi membolehkan ia dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Argentina telah meluluskan rang undang-undang yang hampir serupa pada tahun 2010.

Majoriti anggota senat mengundi menyokong undang-undang ini atas semangat kebebasan dan tidak ada sesiapa pun yang berhak menggenakan kepercayaan moral mereka ke atas orang lain.

Gereja Katolik Uruguay telah mengeluarkan kenyataan minggu lalu merayu para penggubal undang-undang agar mempertahankan institusi perkahwinan tetapi nampaknya rayuan mereka tidak berhasil.

Hanya lapan senator dari parti pembangkang yang menentang pembentukan undang-undang baru itu manakala 23 lagi menyokong.