suria

Pemaju Hartanah Utama Australia Lancar Apartment Mewah Di Malaysia

SINGAPURA: Walker Corporation, pemaju hartanah swasta utama Australia pada Rabu mengumumkan pelancaran rasmi The WaterEdge Apartments, fasa pertama pangsapuri mewah di bawah pembangunan Senibong Cove di Iskandar Malaysia.

The WaterEdge Apartments terletak di kawasan menghadap air dengan semua unit sejajar dan menyediakan pemandangan marina yang hebat, Sungai Lunchoo dan Selat Johor.

Direka bentuk oleh SA Architect, pembangunan berkenaan juga menampilkan pengaruh seni bina fusion 'Australia' dengan reka bentuk tropika cita rasa Asia.

Projek berkenaan memberi penekanan kukuh kepada ciri-ciri mesra alam dan lestari yang sesuai dengan persekitaran semula jadi.

Lang Walker, Pengerusi Eksekutif Walker Corporation berkata firma itu membina The WaterEdge Apartments dengan konsep reka bentuk menghadap air yang terbaik, dengan kesan air, pengaruh kehijauan yang tenang dengan kehidupan dan reka bentuk modern yang selesa.

Apartmen berkenaan, dalam dua blok yang elegan menawarkan dupleks premium empat bilik hingga Penthouses dengan taman persendirian di bumbung serta unit dua bilik dan unit saiz keluarga tiga bilik.

Kemudahan yang disediakan termasuk spa, dek yoga, taman dan marina antarabangsa untuk kapal layar persendirian.

Pelancaran The WaterEdge Apartments berdasarkan sambutan menggalakkan daripada pembeli termasuk warga Singapura untuk dua fasa sebelumnya bagi vila menghadap air dan berkembar dalam Senibong Cove. - BERNAMA

Artikel Lain