SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Antofagasta, utara Chile, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira pukul 9.50 malam waktu tempatan dengan pusat gempa pada kedalaman 115.30 kilometer.
Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kematian atau kerosakan. - BERNAMA