suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taktik 'Pulas Lengan' Burukkan Konflik Selatan Thai

BANGKOK: Dasar "pulas lengan" yang dilaksana kerajaan dalam menangani konflik di selatan Thailand telah memburukkan lagi keadaan, dakwa ketua pembangkang Abhisit Vejjajiva.

Beliau berkata dasar sedemikian mencetuskan kemarahan lebih besar rakyat.

"Kami mengutuk dasar pulas lengan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk mencari penyelesaian terhadap konflik di selatan. "Ini kali pertama kerajaan dan pembangkang duduk semeja membincangkan cara menyelesaikan masalah berkenaan.

Abhisit berkata pembangkang juga melahirkan keprihatinan tentang kerja-kerja berganda oleh badan baru yang dibentuk kerajaan bagi menangani konflik itu. Ini, kata beliau, menyebabkan mekanisme yang ada sekarang hilang fokus dan kuasa. Yingluck berkata kerajaan dan pembangkang mempunyai matlamat yang sama dalam menyelesaikan konflik itu.

Beliau menyifatkan suasana mesyuarat itu amat mesra dan mereka sedia meneruskan kerjasama dalam hal berkenaan.

Lebih 5,000 orang terkorban sejak kumpulan yang disyaki sebagai puak pemisah melancarkan semula gerakan bersenjata sebagai memperjuangkan kemerdekaan tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala sejak lapan tahun lalu. -BERNAMA

Artikel Lain