suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Hutang Eropah: PM Itali Akan Temui Pemimpin Greece, Ireland, Sepanyol

ROME: Pemimpin dari negara yang berhadapan dengan krisis hutang Eropah iaitu Greece, Ireland dan Sepanyol berkumpul pada minggu ini di Rome untuk bermesyuarat dengan Perdana Menteri Itali, Mario Conti, yang cuba untuk memastikan hutang negaranya masih terkawal dan mengelakkan daripada mendapatkan bantuan.

Perdana Menteri Itali itu dijadualkan akan mengadakan perjumpaan pada Jumaat ini dengan Perdana Menteri Greece, Antonis Samaras; Perdana Menteri Ireland, Enda Kenny; dan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajov, di mana kesemuanya akan berada di Rome bagi menghadiri satu persidangan politik.

Pegawai Monti pada Isnin berkata, beliau akan menganjurkan perjumpaan itu pada waktu makan tengah hari yang dihadiri oleh para hadirin persidangan, termasuk para pemimpin Abanian dan Hungary.

Greece sedang menyelamatkan daripada krisis hutang Zon Eropah, Sepanyol sedang mempertimbangkan sama ada untuk mendapatkan program penjualan bon Eropah yang baru, dan Ireland sedang mencari pemulihan dalam industri perbankannya. - AP

Artikel Lain