suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Penerbangan Israel Mahu Batal Laluan Ke Kaherah

JURUSALEM: Syarikat penerbangan negara Israel berkata, ia akan menghentikan penerbangan ke Kaherah, walaupun Israel-Mesir mendapat mandat perjanjian penerbangan aman ke negara itu.

Dalam satu surat kepada menteri luar Israel yang disiarkan pada Ahad dalam akhbar harian Maariv, Ketua Pegawai Eksekutif El AL Airlines, Eliezer Shkedi berkata, penerbangan hampir kosong, dan syarikat penerbangan itu tidak mampu menanggung kos operasi dan keselamatan yang tinggi.

El Al enggan mengulas tetapi jurucakap bagi Menteri Luar, Avigdor Lieberman iaitu Irena Etinger mengesahkan mengenai surat itu.

Berdasarkan perjanjian keamanan pada 1979 itu, Israel dan Mesir bersetuju untuk mengendalikan operasi penerbangan antara kedua-dua negara.

Tetapi hanya beberapa rakyat Israel berasa selamat untuk melawat Kaherah dan bilangan mereka semakin merosot berikutan revolusi Mesir pada tahun lepas.

Jurucakap menteri luar, Yigal Palmor berkata, jika El Al membatalkan perkhidmatannya, syarikat penerbangan lain perlu menyediakan penerbangan ke Kaherah. – AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain