suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Singapura Kecam Pemimpin Kerajaan Ambil Rasuah

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang terlibat dengan skandal rasuah.

Amaran itu dikeluarkan susulan beberapa kes berprofil tinggi termasuk tiga skandal seks melibatkan beberapa pemimpin terkenal yang memalukan nama baik negara berkenaan.

"Sesiapa yang melanggar undang-undang akan ditahan dan dihukum. Sebarang usaha untuk melindungi sesiapa tidak akan dibenarkan, tanpa mengira pangkat atau kedudukan," kata Lee dalam ucapannya pada Selasa.

Komen Lee itu mencerminkan kebimbangan Singapura berhubung reputasinya sebagai sebuah negara yang kurang mengamalkan rasuah boleh terjejas ekoran beberapa kes berprofil tinggi tahun ini.

Ia termasuk dua kes pemimpin senior yang didakwa melakukan hubungan seks dengan dua eksekutif wanita dari syarikat yang membekalkan barangan komputer di jabatan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain