suria

Beratus-Ratus Orang Adakan Protes Depan Kedutaan AS Di Bangkok

BANGKOK: Beratus-ratus orang menyertai demonstrasi secara aman membantah filem anti-Islam di luar Kedutaan Amerika Syarikat di sini, Selasa.

Hujan tidak menghalang mereka daripada berkumpul depan kedutaan itu pada 2.30 ptg (Malaysia: 3.30 ptg) dan perhimpunan berlangsung kira-kira 90 minit.

Mereka mahu pentadbiran Amerika Syarikat menghukum pembikin filem itu, dikatakan berketurunan Yahudi, dan menyatakan bahawa mereka tidak akan mencederakan sesiapa kerana mereka tidak menyokong keganasan.

Bantahan terhadap filem "The Innocence of Muslims" yang memaparkan fakta diseleweng mengenai Nabi Muhammad s.a.w. telah merebak ke lebih 20 negara dan mengorbankan banyak nyawa, termasuk duta besar AS ke Libya.

Kedutaan AS di sini ditutup kepada orang ramai pada waktu petang berikutan demonstrasi itu. -BERNAMA

Artikel Lain