suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesir Buka Semula Pintu Sempadan Dengan Palestin

ISMAILIA: Mesir membuka semula pintu sempadan Rafah dengan Gaza pada Sabtu sejak ia ditutup sepanjang bulan ini ekoran serangan ke atas tentera Mesir pada 5 Ogos lalu.

Ia merupakan isyarat kepada penambahbaikan hubungan antara kerajaan Mesir baru yang diketuai Presiden, Mohammed Mursi dan pemimpin Islam Hamas di Gaza sejak serangan lelaki bersenjata yang mengorbankan 16 tentera Mesir di sempadan Israel.

"Pihak di sebelah Mesir telah memaklumkan kepada kita bahawa pintu sempadan Rafah akan dibuka sepanjang hari dalam minggu ini tanpa memberikan sebarang butir lanjut,’’" kata Ehab Al-Ghsain, jurucakap kepada Menteri Dalam Negeri di Gaza.

Artikel Sebelum

Artikel Lain