suria

Dua Maut, 9 Cedera Tembak Menembak di Bangunan Empire State

Polis New York menutup mayat penjenayah yang terlibat dalam kejadian tembak menembak di luar Bangunan Empire State di New York, pagi Sabtu. Dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya lapan cedera, kata sumber polis New York. - Foto REUTERS

NEW YORK: Seorang pereka aksesori wanita menembak mati bekas pekerjanya di luar Bangunan Empire State sebelum suspek ditembak mati oleh polis pada ketika kesibukan pagi Sabtu dan menyebabkan sembilan lain cedera.

Pesuruhjaya Polis, Ray Kelly berkata, daripada sembilan yang cedera tiada yang mungkin boleh menyebabkan kematian dalam kejadian di luar bangunan pencakar langit itu.

Pihak FBI menolak kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan keganasan pada ketika pihak berkuasa New York dilanda kebimbangan. - AFP

Artikel Lain