suria

Samsung Akan Cabar Keputusan Mahkamah Memihak Kepada Apple

SEOUL: Samsung Electronics berkata, syarikat itu akan mencabar keputusan mahkamah di Amerika Syarikat yang memutuskan mereka supaya membayar pesaing teknologi, Apple ganti rugi lebih AS$1 bilion kerana melanggar hak paten.

"Kami akan bertindak pantas dengan memfailkan bantahan bagi mengetepikan keputusan di mahkamah ini dan jika kami tidak berjaya, kami akan merayu kepada Mahkamah Rayuan," kata Samsung.

Kenyataan Samsung Electronics itu dibuat beberapa jam selepas juri mahkamah di San Jose, California memutuskan Apple dibayar sebanyak AS$1.05 bilion kerana pencabulan hak paten bagi model iPhone dan iPad sambil menolak tuntutan balas Samsung mengenai paten bagi produk tanpa talian. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain