suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makmal Switzerland Dapat Persetujuan Uji Jenazah Arafat

GENEVA: Sebuah makmal radiologi Switzerland berkata, mereka telah mendapat kebenaran daripada balu Yasser Arafat untuk menjalankan ujian ke atas jenazah bekas pemimpin Palestin itu yang disyaki diracun menggunakan bahan radioaktif polonium.

"Kami sedang menunggu surat rasmi dari peguam sebelum berlepas ke Ramallah bagi memulakan siasatan,’’ kata jurucakap makmal Lausanne University Hospital Centre, Darcy Christen kepada AFP.

"Masa adalah penting kerana kesan polonium boleh hilang separuh setiap 138 hari," katanya sambil menambah, perkara itu telah berlaku sebanyak 20 kali sejak kematian Arafat pada 11 November 2004 ketika umurnya 75 tahun. - AFP

Artikel Lain