suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ecuador: Keputusan Rayuan Assange Mungkin Minggu Ini

ECUADO: Presiden Ecuador, Rafael Correa berkata beliau berharap dapat mengumumkan pada minggu ini sama ada akan memberikan perlindungan politik kepada pengasas Wikileaks, Julian Assange ataupun tidak.

Correa berkata kepada stesen televisyen negara itu bahawa pihaknya perlu untuk memeriksa banyak bahan berkaitan undang-undang antarabangsa bagi membolehkannya membuat keputusan yang bertanggungjawab.

Tambah Correa beliau menjangkakan akan memperoleh laporan terbaru mengenainya selewat-lewatnya pada Rabu (esok).

Assange mendapatkan perlindungan di Kedutaan Ecuador di London pada 19 Jun bagi mengelakkan ekstradisi ke Sweden, di mana dia yang dikehendaki untuk disoal siasat kerana salah laku seksual yang dikatakan. AP

Artikel Lain