suria

Angka Kematian Akibat Gempa Bumi Di Iran Kini 250 Orang

MAYAT mangsa gempa bumi di Bandar Ahar, utara Iran pada Ahad. Gempa bumi sederhana berukuran 6.4 pada skala Ritcher melanda Ahar, Haris dan Varzgan di Timur daerah Azerbaijan yang kini dilaporkan mengorbankan kira-kira 250 orang ddan sekurang-kurangnya 2,000 lagi mengalami kecederaan.

TEHRAN: Kematian akibat dua gempa bumi yang menggegarkan Iran kini meningkat kepada 250 orang dan sekurang-kurangnya 2,000 lagi mengalami kecederaan, lapor televisyen kebangsaan negara itu.

Gambar yang disiarkan menerusi saluran berita utama televisyen itu menunjukkan banyak keluarga tidur di kawasan taman, dengan beralaskan selimut manakala sebahagian lagi kelihatan menangis dan selebihnya menggigil kesejukan berikutan cuaca sejuk di wilayah pergunungan yang terbabit dalam kejadian gempa terbabit.

Televisyen juga menayangkan anggota penyelamat sedang membawa penduduk mengusung mereka yang terselamat ke hospital dan klinik dan imej mangsa yang cedera terlantar di atas katil hospital.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, dua gempa bumi sederhana berukuran 6.4 pada skala Ritcher melanda barat laut Iran semalam.

Gempa itu berpusat kira-kira 60 kilometer dari timur laut bandar Tabriz.

Sementara itu, kejadian kedua pula berlaku kira-kira 49 kilometer di timur laut Tabriz berdekatan bandar Varzgan, kira-kira 11 minit daripada kejadian pertama. AP

Artikel Lain