suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Korbankan Lima Orang Termasuk Datuk Bandar

KABUL: Satu letupan bom di Takhar utara Afghanistan telah mengorbankan lima orang pemimpin tempatan termasuk datuk bandar Ishkamish ketika kenderaan yang mereka naiki sedang bergerak ke sebuah tempat mesyuarat wakil-wakil keamanan tempatan.

Letupan itu telah mengorbankan ahli Majlis Keamanan Tertinggi Afghanistan (wilayah Takhar), Haji Hashim dan Datuk Bandar Abdul Aziz bersama tiga lagi pembantu yang lain.

Majlis berkenaan merupakan satu badan yang dibentuk oleh kerajaan untuk berunding dengan puak Taliban yang sejak 2001 telah melancarkan perang ke atas kerajaan Afghanistan yang disokong oleh Amerika.

Pemimpin majlis ini adalah bekas presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani, yang turut menjadi mangsa pembunuhan di Kabul September tahun lalu apabila seorang pembunuh berani mati yang menyamar sebagai wakil damai Taliban meletupkan dirinya sebaik sahaja bersalaman dengan pemimpin itu.

Artikel Lain