suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Kejadian Tembak Menembak Di Universiti A&M Texas

WASHINGTON: Seorang anggota polis dan seorang lelaki ditembak mati berdekatan sebuah universiti terbesar di Texas awal pagi Selasa sebelum polis menembak suspek.

Penolong Ketua Polis, Scott McCollum, berkata beberapa lagi anggota polis dan wanita juga cedera dalam kejadian yang berlaku di College Station berdekatan Texas A&M University yang mempunyai 50,000 penuntut.

Lelaki bersenjata berkenaan tiba-tiba melepaskan tembakan terhadap anggota polis di rumahnya yang dipisahkan beberapa blok bangunan dengan kampus universiti tersebut.

"Keadaan seperti kelam kabut kerana kami menerima banyak maklumat. Justeru kami meminta orang awam bersabar dan cuba memahami tragedi yang sudah berlaku ini," katanya.

Sebelum ini dua kejadian tembak menembak pernah berlaku di sebuah panggung wayang yang sesak dengan penonton di Colorado dan serangan di kuil Sikh di Wisconsin. AFP

Artikel Lain