suria

Bot Pelarian Menuju Australia Dikhuatiri Karam

CANBERRA: Nasib 67 orang dipercayai pelarian yang dilaporkan hilang menaiki bot sejak meninggalkan Indonesia sebulan lalu dikhuatiri karam.

Bot berkenaan adalah cubaan terbaru pelarian untuk menyeberangi pantai barat daya Australia dalam usaha untuk mendapatkan suaka politik.

Bot tersebut dilaporkan meninggalkan Indonesia penghujung Jun atau awal Julai lalu namun hingga kini ia tidak dapat dikesan, kata Menteri Dalam Negeri Australia, Jason Clare kepada stesen televisyen Australia.

"Setakat ini, tiada bukti mereka sudah tiba di Australia," kata Clare sambil menambah kerajaan Australia amat bimbang sekiranya mereka hilang di lautan.

Sejak 2001, kira-kira 1,000 orang dilaporkan terkorban di laut dalam usaha sampai ke Australia menggunakan bot yang sarat dengan pelarian dari Indonesia. REUTERS

Artikel Lain