suria

Ryan Gandingan Romney Cabar Obama

NORFOLK: Calon jawatan Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney menamakan pemimpin konservatif fiskal, Paul Ryan sebagai gandingan beliau bagi jawatan Naib Presiden.

Pemilihan Presiden AS akan diadakan November ini.

Ryan, 42, merupakan ahli Kongres dari Wisconsin.

Beliau terkenal sebagai pemimpin kontroversial dalam penyediaan bajet alternatif, yang beliau kemukakan untuk mencabar rancangan Presiden Barack Obama pada 2011 dan 2012.

Ryan dipilih sebagai ahli Kongres ketika berusia 28 tahun dan kini berkhidmat buat penggal ketujuh.

Sejak 2007 beliau mempengerusikan jawatankuasa bajet Kongres, yang memantau belanjawan persekutuan.

Romney membuat pengumuman mengenai pilihan beliau itu di hadapan penyokongnya menerusi ‘phone app’ hari ini.

“Pilihan Mitt bagi jawatan Naib Presiden ialah Paul Ryan,” katanya.

Artikel Lain