suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil Kerajaan Afghanistan Adakan Pertemuan Rahsia Dengan Baradar

KABUL: Wakil kerajaan Afghanistan mengadakan pertemuan rahsia dengan orang kuat kumpulan Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar di penjara Pakistan dalam usaha menghidupkan semula rundingan damai.

Baradar yang ditahan di Pakistan pada 2010 kerana mensabotaj usaha keamanan merupakan pemimpin tertinggi Taliban yang dipenjarakan.

Beliau juga dikenali sebagai pembantu kepada pemimpin tertinggi Taliban, Mullah Mohammad Omar.

"Pegawai kerajaan Afghanistan dan ahli kedutaan Afghanistan di Pakistan mengadakan perbincangan rahsia dengan Baradar di penjara dua bulan lalu di Pakistan," kata Ahli Tertinggi Majlis Keamanan Afghanistan, Mohammad Ismail Qasimyar.

Artikel Lain