suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Ernesto Ancam Barbados

MIAMI: Ribut tropika Ernesto mengancam Barbados sehingga meletakkan beberapa kawasan dalam keadaan berjaga-jaga ketika merentasi Atlantik dengan kelajuan angin 85 kilometer (km) sejam.

Ribut itu berpusat pada 130km timur Barbados dan 295km timur St Lucia, lapor Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami.

Difahamkan, amaran ribut kencang itu turut dikeluarkan di Barbados, St Vincent, Dominica, St Lucia, Martinique dan Guadeloupe.

Ernesto yang terbentuk pada Khamis hasil tekanan tropika, menjadi ribut tropika kelima pada musim taufan yang bermula sejak 1 Jun hingga 30 November ini.

Ribut tersebut dijangka berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Artikel Berikut

Artikel Lain