suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Tunggu 15 Jam Untuk Sahkan Penerbangan Qantas

MELBOURNE: Seorang ahli perniagaan Adelaide mendakwa beliau terpaksa menunggu 15 jam untuk mengesahkan penerbangannya dengan Qantas.

Andrew Kahn menunggu 15 jam, 40 minit dan satu saat di telefon bimbitnya semasa cuba menghubungi Qantas, lapor akhbar The Age.

Kahn menghubungi Qantas pada 7.22 malam Rabu untuk mengesahkan perjalanannya ke New York pada Ahad, namun mengalah akhirnya pada pukul 11.01 pagi Khamis selepas panggilannya tidak dijawab.

"Saya putus asa akhirnya," kata Kahn kepada akhbar itu.

Kahn berkata semasa menghubungi semula syarikat penerbangan itu, beliau dimaklumkan namanya tidak disenarai dalam penerbangan berkenaan akibat kesilapan kod.

Menurutnya berdasarkan pengalaman itu, beliau tidak mahu lagi terbang dengan Qantas.

Sementara itu, Qantas memberitahu akhbar berkenaan ia tidak mempunyai rekod pemanggil terpaksa menunggu selama 15 jam untuk disambungkan kepada pusat perhubungan pelanggan.

Seorang jurucakap Qantas berkata tempoh menunggu pada puratanya kurang seminit dan yang paling lama ialah 17 minit.

Syarikat penerbangan itu berkata tempahan Kahn dibatalkan akibat kesilapan sistem, namun ia sudah dimasukkan semula.

Pihak pengurusan syarikat tersebut meminta maaf di atas masalah yang timbul. - BERNAMA

Artikel Lain