suria

Anak Angkat Perempuan Ataturk Maut Dalam Kemalangan

ISTANBUL: Anak angkat perempuan tokoh revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya pada Rabu.

Ulku Adatepe meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Kematian itu disahkan oleh anak lelakinya, Ahmet Dogancay menerusi siaran televisyen.

Adatepe maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu oleh pemandunya dalam perjalanan dari Istanbul ke Ankara gagal dikawal.

Suami Adatepe dan pemandunya mengalami kecederaan tetapi terselamat dalam kemalangan itu.

Ataturk yang mengemudi kejayaan Turki pada Perang Kemerdekaan 1923, dilantik sebagai presiden pertama Turki.

Beliau meninggal dunia pada 1938 dan pemergiannya amat dirasai penduduk Turki pada ketika itu.

Ataturk mengambil Adatepe sebagai anak angkat ketika berusia sembilan bulan dan membesarkannya di istana presiden yang terletak di Angkara.

Adatepe merupakan anak bongsu daripada enam anak angkat perempuannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain