suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 Cedera Dalam Letupan Bom Di Lahore

LAHORE: Sekurang-kurangnya 19 orang awam cedera dalam satu letupan bom kecil yang menggegar sebuah pasar di Lahore, timur Pakistan pada Khamis.

Pegawai polis berkata, bom dengan kekuatan rendah itu mensasarkan pasar buah-buahan di kawasan sesak di bandar berkenaan.

Pasar tersebut sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin membeli buah-buahan sebagai juadah berbuka di bulan Ramadan.

“Satu peranti yang diletakkan di tempat letak kereta dan satu lagi di bawah pedati (kenderaan mengangkut barang) itu meletup apabila orang ramai sedang membeli buah-buahan selepas waktu berbuka pada sebelah petang,” kata pegawai pentadbiran, Noorul Amin Mengal.

"Kira-kira 19 orang cedera dalam letupan itu," katanya.

Pegawai penyelamat berkata, semua yang tercedera adalah lelaki dan mereka dikejarkan ke hospital berdekatan dengan segera.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain