suria

5.7 Juta Orang Menganggur Di Sepanyol

MADRID: Kadar pengangguran di Sepanyol meningkat kepada 24.63 peratus dalam suku kedua pertama tahun ini tetapi apa yang lebih membimbangkan para pemerhati ialah pengangguran di kalangan belia telah mencapai 53 peratus.

Angka rasmi yang dikeluarkan Jabatan Statistik pada Jumaat menunjukkan, jumlah warganegara yang tidak mempunyai pekerjaan telah mencecah kepada 5.7 juta orang.

Antara April hingga Jun sahaja, 53,500 orang telah dilaporkan kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun jumlah itu masih kecil berbanding dengan 365,900 orang yang hilang pekerjaan pada suku pertama tahun ini.

Jumlah pengangguran di Sepanyol kini mencatat sejarah sebagai yang paling tinggi di kalangan negara perindustrian di dunia.

Statistik juga menunjukkan di kalangan belia yang berusia 16 hingga 24 tahun, jumlah yang masih menganggur telah mencecah kepada 53.27 peratus dari 52.01 peratus pada suku pertama tahun ini.

Sebahagian daripada punca pengangguran ini dikaitkan dengan kejatuhan industri pembinaan sejak 2008.

Jumlah isi rumah yang keseluruhan anggota keluarga yang layak bekerja tetapi masih menganggur ialah 9,300 buah keluarga melibatkan 1.73 juta orang keseluruhannya.

Wilayah yang paling teruk dilanda pengangguran ialah Catalonia di utara Sepanyol dengan kadar 33.92 peratus.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Insiden Di Selatan Texas

Artikel Lain