suria

40 Pekerja Terperangkap Dalam Runtuhan Terowong Arang Batu

BEIJING: Satu runtuhan yang berlaku dalam terowong arang batu di selatan China mengakitkan seramai 40 pekerja terperangkap di bawah tanah.

Agensi berita Xinhua berkata, kerja menyelamat sedang dilakukan.

Terowong di lombong Anlilai runtuh pada tengah hari Khamis di wilayah Guizhou.

Xinhua berkata, sebahagian pelombong berjaya menyelamat diri tetapi kira-kira 40 yang lain terperangkap.

Lombong arang baru di China merupakan yang mencatakan kematian tertinggi di dunia dan mengalami letupan yang kerap, runtuhan dan banjir.

Tindakan keselamatan yang lebih kerap mengurangkan kadar kematian tetapi beratus-ratus kemalangan masih berlaku setiap tahun. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain