suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Turki Tidak Benarkan Kumpulan ‘Pengganas’ Di Sempadan

ISTANBUL: Turki pada Jumaat berkata, ia tidak akan bertolak ansur dengan kehadiran kumpulan “pengganas” seperti Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Al-Qaeda yang diharamkan berada berhampiran dengan sempadan negara itu.

“Sama ada ia adalah PKK atau Al-Qaeda, kami tidak akan membenarkan organisasi pengganas untuk memasuki sempadan kami,” kata Menteri Luar, Ahmet Davutoglu kepada saluran televisyen Turki, Kanal 24.

“Ia tiada kaitan dengan etnik atau kepercayaan beragama. Kami melihat Al-Qaeda sebagai satu ancaman, kami memutuskan PKK sebagai satu ancaman,” kata beliau tanpa mengulas lanjut mengenai pendekatan yang bakal diambil oleh Ankara.

Davutogul mengulas selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menuduh Syria membenarkan puak pemberontak Kurdis di utara negara yang dilanda konflik dan Angkara tidak teragak-agak untuk melakukan serangan.

“Di utara, ia (rejim Presiden, Bashar al-Assad) telah memperuntukkan lima wilayah kepada Kurdis untuk organisasi pengganas,” kata Erdogan pada Rabu yang merujuk pada PKK.

Bagaimanapun, Davutoglu berkata, Turki tidak melihat populasi Kurdis di Syria sebagai satu ancaman atau tekanan. - AFP

Artikel Lain