suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Maut Serangan Bom Di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 13 maut manakala lebih 50 lagi cedera dalam beberapa kejadian serangan bom dan tembakan di Iraq, Jumaat.

Dalam satu kejadian, dua motosikal membawa bom merempuh dua pasar harian, manakala satu lagi serangan ke atas sebuah balai polis di Balad, utara Baghdad.

Ahli Majlis Kerajaan Wilayah, Mohammed Radhi, berkata tujuh orang terbunuh manakala 50 lagi cedera akibat serangan bom berkenaan.

Sumber di Hospital Balad mengesahkan angka kematian itu dan mereka yang cedera kemudian dipindahkan ke Hospital Baghdad.

Terdahulu, seorang lelaki bersenjata menyerang pusat pemeriksaan di Khan Bani Saad, di selatan Bandar Baquba, menyebabkan empat pejuang Sahwa terbunuh manakala empat lagi cedera.

Sementara di Baquba, satu bom tangan yang diletakkan di tepi jalan meletup menyebabkan seorang askar yang sedang melakukan rondaan terbunuh.

Artikel Berikut

Artikel Lain