suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taufan Guchol: 10,000 Penduduk Jepun Diarah Pindah

TOKYO: Taufan Guchol yang menyerang Jepun pada Selasa dengan angin kencang dan hujan lebat memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka.

Malah kesan daripada bencana alam itu turut menyebabkan sistem perkhidmatan pengangkutan terjejas teruk.

Pihak berkuasa memberitahu, lebih 10,000 penduduk di Ishinomaki yang terjejas teruk ekoran dilanda gempa bumi dan tsunami tahun lalu diminta untuk meninggalkan rumah mereka.

Penduduk di barat wilayah Wakayama juga turut diminta untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Angin kuat yang melanda melebihi 90 kilometer sejam mengakibatkan sistem pengangkutan terganggu dan menyebabkan beberapa syarikat penerbangan serta pengendali kereta api di seluruh negara terpaksa membatalkan atau menangguhkan perkhidmatan.

Artikel Lain