suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Pantau Secara Dekat Krisis Zon Euro

BANGKOK: Thailand sedang memerhatikan secara dekat kesan daripada krisis Zon Euro terutama sekali ke atas sektor eksport dan perusahaan pakaian negara itu.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata hari ini menteri-menteri ekonominya sedang menganalisis situasi dan menyusun langkah bagi menghadapi impak berkenaan sekiranya ianya terjadi.

"Kami masih lagi belum mengetahui sama ada pertumbuhan ekonomi negara ini akan terjejas akibat krisis Zon Euro ini. Pada masa ini, negara mencatat pertumbuhan baik selepas mengalami banjir besar tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dalam usaha memulihkan pertumbuhan ekonomi negaranya, fokus akan ditumpukan ke arah membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), merangsang ekonomi dalam negeri serta mengukuhkan pertumbuhan industri.

Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara telah meramalkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) pada kadar antara 5.5 peratus hingga 6.6 peratus bagi tahun ini.

Ditanya sama ada pertumbuhan GDP yang diramalkan itu akan diselaraskan berikutan krisis Zon Euro, Yingluck berkata: "Saya mahukan kadar pertumbuhan ekonomi negara dikekalkan." - BERNAMA

Artikel Lain