17 Terbunuh Di China Bas Terjunam Ke Dalam Gaung

BEIJING: Media di China melaporkan seramai 17 orang terbunuh dan tiga cedera parah apabila bas penumpang jarak jauh terbalik dan terjunam ke dalam gaung.

Agensi berita rasmi, Xinhua News berkata kemalangan itu berlaku awal Rabu dan punca kemalangan masih tidak jelas.

Laporan itu berkata seramai 45 orang berada di dalam bas, yang sedang dalam perjalanan dari wilayah timur Jiangsu menuju pantai Xiamen di wilayah Fujian.

Ia terbalik di Fujian, bandar Ningde.

Keselamatan jalan raya adalah satu masalah serius di China, dengan banyak kemalangan berpunca daripada jalan yang tidak diselenggarakan dengan baik dan tabiat memandu yang buruk.

Lima belas orang terbunuh apabila sebuah bas terbabas ke dalam gaung di wilayah utara Shanxi pada Februari.

Artikel Sebelum

Artikel Lain