suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Tahan Perisik AS

WASHINGTON: Kerajaan China menahan seorang pegawai keselamatan awal tahun ini yang memberi maklumat sensitif kepada Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The New York Times.

Merujuk sumber yang tidak dinamakan, akhbar itu menyatakan pegawai berkenaan dipercayai seorang kakitangan Kementerian Keselamatan Negara, iaitu agensi perisikan utama China.

Menurut laporan itu, kerajaan AS dan China langsung tidak memberi bayangan kepada umum berhubung penemuan suspek perisik itu.

Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton yang melawat Oslo pada Jumaat bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai laporan penahanan itu.

Seorang pegawai kanan bahagian pentadbiran memberitahu penahanan itu dilakukan susulan beberapa siri siasatan selepas pendedahan skandal anggota Politburo, Bo Xilai berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan Britain tahun lalu.

Artikel Lain