suria

IMF: Belum Ada Pelan Menyelamat Untuk Sepanyol

WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pada Jumaat menegaskan pihaknya tidak diminta oleh Sepanyol untuk mengadakan sebarang pelan menyelamat negara itu daripada kemungkinan menghadapi krisis kewangan dan kemerosotan ekonomi.

Jurucakap IMF, Gerry Rice berkata, Timbalan Perdana Menteri Sepanyol, Soraya Saenz de Santamaria bagaimanapun kini berada di Washington untuk mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Timothy Geithner.

Pegawai kedua-dua pihak sedang berbincang mengenai langkah terbaik yang perlu dilaksanakan Sepanyol bagi membiayai kewangan dan meningkatkan semula sektor perbankannya.

Saenz de Santamaria bagaimanpun berkata, kedatangannnya ke Washington adalah secara kebetulan ketika sektor perbankan Sepanyol kini mengalami krisis kerana perbincangan itu sudah dijadualkan beberapa bulan lalu.

Sektor perbankan Sepanyol dilaporkan memerlukan suntikan hampir AS$23.6 bilion dana awam, iaitu dua kali ganda daripada angka yang dianggarkan kerajaan negara itu.

Kemelesetan ekonomi dijangka melanda Sepanyol yang bakal mengikut jejak Greece, Portugal dan Ireland sekiranya kerajaan negara itu tidak melaksanakan pelan menyelamat dan memdapatkan bantuan kewangan dari IMF.

Artikel Lain