suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Akan Bangunkan Tujuh Industri Membangun Strategik

BEIJING: Majlis Negeri China akan membangunkan tujuh industri membangun strategik untuk mendorong ekonomi negara, kata Agensi Berita Xinhua.

"Ini adalah langkah yang penting untuk membangunkan industri membangun strategik, terutamanya bila ekonomi menghadapi tekanan berterusan," kata satu kenyataan yang dikeluarkan selepas satu mesyuarat eksekutif Majlis Negeri itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao.

Menurut kenyataan itu, tujuh industri strategik itu termasuk penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, teknologi maklumat, pengilangan peralatan canggih, biologi, tenaga baharu, bahan baharu dan kenderaan kuasa baharu.

Kerajaan itu akan melancarkan 20 projek utama berkaitan tujuh industri membangun ini.

Pembangunan industri baru muncul strategik ini adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berjangka panjang, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain