Australia Tawar Visa Kediaman Tarik Pelaburan - Dunia | mStar

Australia Tawar Visa Kediaman Tarik Pelaburan

MELBOURNE: Australia merancang menawarkan ahli perniagaan kaya raya mendapatkan visa kediaman sebagai sebahagian daripada skimnya untuk menarik pelaburan.

Menteri Imigresen Chris Bowen yang akan mengumumkan secara rasmi skim itu berkata kerajaan mahu menambah baik program visa pelaburan sedia ada.

"Pelabur yang bersedia membuat pelaburan yang besar di Australia akan mendapat layanan konsesi di segi kediaman tetap," kata Bowen kepada ABC radio, Selasa.

Bowen berkata beliau menjangka kira-kira 7,000 visa pelaburan perniagaan akan dikeluarkan berikutan perubahan itu.

"Saya rasa kita boleh menarik pelabur, terutama sekali mereka yang mahu melakukan inovasi, mengambil risiko melabur di dalam bidang yang mungkin sukar menarik modal dan membantu kami mewujudkan pekerjaan dan pertumbuhan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Australia Usir Pulang Diplomat Syria

Artikel Berkaitan

Artikel Lain