suria

27 Maut, Van Rempuh Bas Mini Di Lebuh Raya Mumbai-Pune

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 27 maut apabila sebuah van yang dipandu laju gagal dikawal lalu merempuh bas mini yang mereka naiki pada Isnin.

Insiden itu berlaku di sebuah lebuh raya pinggir Mumbai.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada mereka yang baru pulang dari menghadiri satu majlis perkahwinan di pinggir bandar Mumbai.

Bas tersebut membawa penumpang dari kawasan terpencil di Mumbai sebelum dilanggar 80 kilometer dari bandar Maharashtra, kata polis.

"Bas mini itu berhenti di bahu jalan untuk dibaiki apabila sebuah van yang hilang kawalan merempuh bas tersebut," kata seorang jurucakap polis.

Kira-kira 18 orang cedera, kebanyakannya dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.

Lebuh raya dengan enam lorong itu antara kawasan yang mencatatkan kemalangan tertinggi sejak dibuka 10 tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain