suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Mangsa Kekejaman Tentera China Bunuh Diri

BEIJING: Bapa kepada seorang lelaki berusia 22 tahun yang dibunuh oleh tentera China ketika tunjuk perasaan bagi menuntut amalan sistem demokrasi di Dataran Tiananmen disahkan meninggal dunia kerana membunuh diri.

Ya Weilin, 73, menggantung dirinya pada Jumaat di sebuah tempat letak kereta yang tidak lagi digunakan di Beijing.

"Kematian Ya Weilin dan anaknya begitu tragik. Berita kematiannya amat mengejutkan kami," kata jurucakap kumpulan Tiananmen Mothers yang ditubuhkan oleh ahli keluarga mendiang.

Ahli keluarganya menjumpai sekeping nota yang ditulis Ya mengenai kematian anaknya dan tekanan yang dialaminya akibat pembunuhan tersebut.

Nota itu kini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beratus-ratus penunjuk perasaan terkorban apabila Tentera Pembebasan Rakyat China melakukan serangan balas untuk menghentikan demonstrasi menuntut demokrasi di Beijing pada 3 dan 4 Jun, 1989.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain