suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zimbabwe Tangkap Penyampai Muzik British

HARARE: Penganjur festival muzik klasik di Zimbabwe berkata pihak berkuasa menahan seorang personaliti muzik British yang terkemuka di konsert yang diadakan di bandar kedua Bulawayo.

Akademi Muzik bandar ini pada Sabtu berkata, penyampai program muzik klasik untuk Penyiaran British Corp, Petroc Trelawny masih dalam tahanan polis selepas ditahan di Dewan Bandaraya Bulawayo lewat Khamis.

Menurut laporan, Trelawny, berumur lingkungan 40-an dan penyokong lama akademi serta pernah membuat lawatan sebelumnya, secara sukarela menawarkan diri untuk memperkenalkan dan menjadi pengantar konsert tanpa bayaran.

Polis dan pihak berkuasa imigresen mendakwa dia telah bekerja di Zimbabwe tanpa permit pekerjaan.

Peraturan dalam sel polis yang kotor di Zimbabwe terkenal dengan kekerasan, bertambah buruk dengan suhu takat beku pada waktu malam bulan Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain