suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Maut Pergaduhan Puak Di Mali

OUAGADOUGOU (Mali): Sekurang-kurangnya 25 ahli suku Burkinabe terbunuh dalam pertempuran puak di sepanjang sempadan antara Burkina Faso dan Mali, kata Menteri Pentadbiran Wilayah, Jerome Bougouma.

"Persengketaan suku kaum di antara puak Fula dari Burkina Faso dan puak Dogon dari Mali berlaku di Kampung Sari di sini," katanya.

Menurut Bougouma, pertempuran itu menyebabkan sekurang-kurangnya 25 ahli suku Burkinabe terbunuh.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai jumlah mangsa yang terbunuh dari puak Dogon.

Pertelagahan antara petani Dogon dan penternak Fula bermula apabila setiap puak bersaing untuk mendapatkan air dan tanah sehingga mengakibatkan kebanjiran pelarian ke Burkina Faso, kata menteri itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain