suria

CEO Kumpulan Lotus Digantung Tugas

MONACO: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lotus, Dany Bahar digantung tugas buat sementara waktu bagi memudahkan siasatan mengenai aduan yang dibuat DRB-Hicom Berhad berhubung kelakuannya dijalankan.

Seorang jurucakap DRB-Hicom berkata, perniagaan syarikat itu di ibu pejabat Lotus di timur England yang mempunyai 1,000 pekerja berjalan seperti biasa.

Terdahulu, Bahar bertugas di bahagian pemasaran untuk Red Bull dan Ferrari.

Bagaimanapun, beliau menyertai Lotus selepas syarikat tersebut mempersetujui perjanjian dengan pemilik syarikat penerbangan di Malaysia, Tony Fernandes untuk memasuki dunia Formula Satu sebagai Lotus Racing.

Bahar kemudiannya merancang untuk menggunakan jenama Lotus dalam F1, sebagai penaja rasmi kepada pakaian Renault, satu usaha yang membawa kepada tindakan undang-undang dan menyebabkan kekeliruan kerana memiliki dua pasukan Lotus di garisan permulaan.

DRB-Hicom mengambil alih Proton, syarikat induk Kumpulan Lotus pada Januari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Lotus pada Jumaat, sepanjang ketiadaan Bahar, tiga wakil dari syarikat induk Lotus diberi kebenaran oleh lembaga pengarah Lotus untuk menguruskan kumpulan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain