suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Penyerang Berani Mati Serang Bangunan K'jaan

HERAT (Afghanistan): Empat lelaki yang memakai pakaian seragam polis telah menyerbu masuk ke kawasan lapang bangunan yang menempatkan pejabat Gabenor Wilayah Farah dekat sini lalu meletupkan diri mereka - mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 12 yang lain.

Pihak polis mengesyaki kumpulan empat lelaki berkenaan mensasarkan pejabat Gobenor Mohammad Ikhpolwak.

Wilayah tersebut bersempadan dengan Iran.

Menurut Timbalan Ketua Polis Wilayah, Mohammad Ghaus Malyar, selain tujuh yang mati akibat serangan tersebut, keempat-empat penyerang berkenaan turut terbunuh.

Daripada tujuh orang yang terbunuh itu enam adalah anggota polis dan seorang adalah orang awam.

Katanya, dua daripada penyerang berkenaan telah meletupkan diri mereka. Mereka melilitkan diri dengan bom jangka.

Dua lagi penyerang ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain