suria

Gajah Sumatera Kedua Mati Diracun Di Indonesia

BANDA ACEH: Kenyataan rasmi mengatakan seekor lagi gajah Sumatera yang semakin pupus telah diracuni di barat Indonesia, berkemungkinan besar oleh penduduk kampung yang cuba untuk melindungi tanaman mereka.

Pegawai Kementerian Perhutanan, Harmidi berkata bangkai gajah jantan berusia 20 tahun telah ditemui Rabu berhampiran ladang di Aceh.

Harmidi, berkata sekumpulan gajah telah memasuki kawasan itu sejak beberapa hari kebelakangan ini, mengaum dan memusnahkan tanaman.

Seekor gajah betina berusia 18 tahun mati di Aceh selepas diracuni pada akhir April.

Disebabkan penarahan hutan, gajah sesat ke dalam kawasan kediaman untuk mencari makanan.

Hanya tinggal kurang daripada 3,000 gajah Sumatera di hutan dan kumpulan pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa gajah ini boleh pupus dalam tempoh tiga dekad melainkan langkah-langkah perlindungan diambil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain