suria

49 Mayat Tanpa Kepala, Tangan dan Kaki Ditemui Di Monterrey

MONTERREY: Kira-kira 49 mayat yang dipotong kepala, tangan dan kaki ditemui awal pagi Isnin di lebuh raya utama utara Mexico menuju ke sempadan Texas, menjadikan ia insiden terbaru pembunuhan beramai-ramai membabitkan keganasan di antara kumpulan pengedar dadah Mexico.

Pihak berkuasa tempatan menemui kesemua mayat itu awal pagi Isnin di sebuah kolam yang dipenuhi darah di pintu masuk ke bandar San Juan, di lebuh raya utama dari kota metropolitan Monterrey menuju ke sempadan Reynosa.

Sementara itu, pintu gerbang berwarna putih juga disembur cat hitam dengan perkataan "100% Zeta".

Jurucakap keselamatan negeri Nuevo Leon, Jorge Domene, berkata identiti 43 lelaki dan enam wanita yang ditemui itu sukar untuk dikenal pasti kerana kekurangan kepala, tangan dan kaki.

Bagaimanapun, kesemua mayat dibawa ke auditorium Monterrey untuk ujian DNA.

Artikel Berikut

Artikel Lain