suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamera Termahal Di Dunia Dilelong

VIENNA: Sebuah prototaip kamera Leica yang dihasilkan pada 1923, dijual dengan harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu acara lelongan di sini, Sabtu.

Jualan tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai rekod baru kamera paling mahal yang pernah dijual.

Dalam acara lelongan di Galeri Westlicht, kamera tersebut yang merupakan model untuk penghasilan kamera Leica 0-Series, pada mulanya dijangka hanya mampu dijual dengan harga antara 600,000 euro (RM2.3 juta) hingga 800,000 euro (RM3.1 juta).

Namun harga kamera itu, yang pada mulanya dibuka dengan harga 300,000 euro (RM1.1 juta), meningkat sehingga RM8.57 juta dan dibeli oleh seorang pembeli yang enggan dikenali.

Rekod kamera termahal yang pernah dijual sebelum ini berharga 1.32 juta euro (RM5.2 juta), juga merupakan kamera Leica 0-Series.

Artikel Berikut

Artikel Lain