The Avengers Pecah Rekod Box Office, Kutip $1 Bilion

LOS ANGELES: "The Avengers" berjaya memecah rekod box office dengan kutipan sebanyak $1 bilion pada minggu kedua tayangannya, menurut angka rasmi yang dikeluarkan, Selasa.

Filem yang diadaptasi daripada cerita komik itu mencatat kutipan $103.1 juta sepanjang hujung minggu lalu di Amerika Utara selepas meraih $207 juta pada minggu pertama tayangannya.

Ia merupakan kutipan tertinggi pernah direkodkan sejak kali pertama ditayangkan.

Menurut laman web industri IMDb, filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama Marvel Comics itu meraih kutipan sebanyak $1,002,082,000.

Pencapaian di luar dugaan itu akan membantu Disney mengurangkan kerugian sebanyak $200 juta yang ditanggung menerusi filem sains fiksyen, John Carter pada Mac lalu.

The Avengers turut mengatasi filem lakonan pelakon popular, Johnny Depp 'Dark Shadows' yang hanya meraih kutipan sebanyak $29.7 juta di awal tayangannya.

Filem romantik komedi 'Think Like A Man' jatuh ke tangga ketiga dengan kutipan $5.8 juta.

Sementara itu, filem aksi 'The Hunger Games' menduduki tempat keempat sepanjang lapan minggu tayangannya.

Filem yang dibintangi pelakon Jennifer Lawrence itu berjaya mencatat kutipan $4.5 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Bas Mini Jatuh Gaung

Artikel Lain