suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Perisik AS Memperkenalkan Model Skala Tempat Persembunyian Osama Bin Laden

WASHINGTON: Pegawai risikan AS telah memperkenalkan model skala tempat persembunyian Osama bin Laden di Pakistan yang pernah dirahsiakan, iaitu replika tepat yang digunakan untuk merancang serangan yang membunuh ketua al-Qaeda setahun yang lalu.

Model tersebut yang direka dalam skala kecil diletak di dewan Pentagon sekaligus mencatat perbincangan awam Rabu, di mana askar dan para pekerja pejabat berhenti untuk merenungnya dengan penuh minat.

Model tersebut yang diukir daripada tanah liat dan dinding bangunan diperbuat daripada bahan styrofoam, telah siap dibuat dalam tempoh enam minggu oleh pasukan khas di Agensi Perisikan Geospatial Kebangsaan (NGA).

NGA yang menyediakan imej satelit kepada agensi-agensi perisik Amerika Syarikat, telah memaparkan model ini di hadapan pintu masuk ibu pejabatnya di Virginia sejak Oktober, kata seorang jurucakap.

"Sebenarnya, ini adalah kali pertama sebuah model telah dikeluarkan dari bangunan tersebut. Walaupun ia telah diklasifikasikan semula untuk sementara waktu, namun kami hanya mampu mendedahkan secara terbuka kepada awam kini," kata jurucakap Erica Fouche kepada AFP.

NGA telah membawa model berkenaan ke Pentagon "untuk menunjukkan kepada anggota-anggota yang sedang berkhidmat supaya mereka dapat melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar berbanding apa yang mereka mendengari kira-kira setahun lalu," katanya.

"Mereka telah melihat model grafik, tetapi tidak dapat menghayati skop misi Abbottabad sepenuhnya sehingga melihat model sebenar dengan mata sendiri,” ujarnya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain