suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sony Catat Rugi RM17.25 Bilion

TOKYO: Syarikat elektronik gergasi Sony pada Khamis mencatatkan kerugian tahunan besar berjumlah AS$5.7 bilion (RM17.25 bilion) namun nekad untuk memperkukuhkan kembali prestasi pada tahun ini selepas melancarkan pelan penstrukturan semula secara besar-besaran.

Sony merekodkan kerugian sebanyak 456.66 bilion yen bagi tahun kewangan berakhir pada Mac, yang menyaksikan prestasi kewangan yang ‘tenat’ selama empat tahun berturut-turut.

Syarikat itu dikatakan akan menghentikan 10,000 pekerjaan dan membelanjakan hampir AS$1 bilion (RM3.07 bilion) sebagai usaha baik pulih yang diterjemahkan oleh penerajunya sebagai sesuatu yang perlu disegerakan.

Jualan tahunan menyusut 9.6 peratus kepada 6.49 bilion yen, sementara mencatatkan kerugian operasi 67.28 bilion yen.

Sony, yang memperjuang untuk mengekang kerugian bagi bahagian televisyennya dan pada Khamis berkata, yen yang kukuh dan bencana alam merupakan antara punca prestasi kewangan yang lemah.

“Jualan menurun, penyebab utama kerana kadar tukaran asing yang tidak menentu, kesan daripada gempa bumi Jepun dan banjir di Thailand serta keadaan pasaran yang merosot di negara-negara maju,” kata Sony dalam satu kenyataan. - AFP

Artikel Lain