suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapten Kapal Layar Maut Selepas Hilang 10 Hari

LOS ANGELES: Seorang kapten kapal layar yang hilang ditemui maut di laut , 10 hari selepas botnya pecah dan tenggelam dengan misteri di luar pantai Mexico, yang membunuh kesemua empat individu di atas kapal berkenaan, kata pegawai tempatan pada Rabu.

Seorang nelayan melihat sekujur tubuh berhampiran Kepulauaan Coronado Mexico, kelmarin. Ia dihantar untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan ia adalah Theo Mavromatis, 49, kapten kapal layar berkenaan, menurut Pejabat Pemeriksaan Perubatan wilayah San Diego.

Punca kematian disahkan akibat trauma, sama seperti dua daripada tiga mayat dari bot itu, berikutan kesan daripada perlanggaran dengan kapal lebih besar.

Mangsa keempat disahkan mati lemas. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain