suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India Tarik Balik Duti Eksais Ke Atas Barang Kemas

NEW DELHI: Kerajaan India telah mengambil keputusan untuk menarik balik levi sebanyak satu peratus ke atas barang kemas daripada logam berharga, sama ada berjenama atau tidak, selepas bantahan orang ramai dan mogok oleh peniaga barang kemas di seluruh negara.

Menteri Kewangan, Pranab Mukherjee, menegaskan bahawa levi itu bertujuan baik dan diperkenalkan bukanlah sangat untuk menambah pendapatan, tetapi lebih kepada bertujuan bergerak ke arah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

"Bagaimanapun luahan sentimen dari dalam dan luar Dewan menunjukkan kita belum bersedia untuk itu. Dengan demikian, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menarik balik levi ke atas semua barang kemas logam berharga, sama ada berjenama atau tidak, berkuatkuasa mulai 17 Mac, 2012," katanya ketika mengusulkan Rang Undang-Undang Kewangan 2012, bagi pertimbangan dan kelulusan di Lok Sabha.

Levi itu diperkenalkan semasa pembentangan Bajet 2012/13 baru-baru ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Suu Kyi Peroleh Pasport

Artikel Berikut

Artikel Lain