suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hollande Dilantik Presiden Perancis Yang Baru

Francois Hollande
Francois Hollande
Francois Hollande

PARIS: Calon Sosialis, Francois Hollande menewaskan penyandang parti konservatif, Nicolas Sarkozy untuk dipilih sebagai Presiden Perancis yang baru.

Dengan hanya undi dari luar negara sahaja yang bakal dihitung, Hollande meraih kemenangan 51.67 peratus undi berbanding 48.33 peratus bagi Sarkozy.

Beliau berdepan tugas berat untuk mengubah cara Eropah menangani krisis hutang dan merangka kedudukan ketenteraan negara itu serta meningkatkan pengaruh diplomatik di seluruh dunia.

Sarkozy yang mengalami kekalahan selepas undian ditutup, berkata beliau menelefon Hollande untuk mengucapkan "selamat berjaya" sebagai pemimpin baru negara itu.

Orang ramai membanjiri Place de la Bastille, tempat bersejarah ketika Revolusi Perancis bagi meraikan kejayaan Hollande.

Beliau menjadi pemimpin berhaluan kiri pertama sejak Francois Mitterrand menjadi presiden bermula 1981 hingga 1995.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain